5-sebab-galaxy-note-3

Samsung, secara rasminya telah melancarkan phabet generasi ketiga mereka iaitu Note III di sidang pamera IFA 2013 semalam dan berdasarkan spesifikasinya, peranti yang berasakan Android ini dijangka akan mengekalkan dominasi pasaran phablet bagi tempoh yang lebih lama. Di sini kami cuba menyenaraikan beberapa ciri baru pada Galaxy Note III khusus bagi anda yang sudah mula memikirkan untuk medapatkan phablet Samsung ini yang akan dilancarkan di Malaysia pada 25hb September ini.

galaxy-note-3-screen

1.Skrin paparan

Perkara pertama yang akan menarik perhatian pembeli adalah skrin paparan. Skrin paparan adalah satu ciri yang mempengaruhi keputusan pembeli. Dunia telefon pintar sangat obses kepada telefon pintar dengan skrin paparan yang lebih besar. Galaxy Note III tidak kurang hebatnya apabila peranti Android terbaru ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 5.7-inci HD penuh dengan resolusi 1080 x 1920 yang memberikan kepadatan piksel 386ppi berbanding Galaxy Note II yang mempunyai skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 720 x 1280 (267ppi).

note 3 leather

2. Rekaan

Tiada sesiapa yang pernah mengatakan mengenai perkara ini. Namun itu lah Samsung yang memberikan kejutan apabila telah memperkenalkan perkakas belakang yang berasakan kulit yang memberikan Galaxy Note III ini sebagai model mewah. Perkakas berasakan kulit dengan jahitan putih ini adalah sesuatu yang baru bagi Samsung memandangkan Galaxy S4 yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu hanya diperbuat daripada plastik. Selain itu, Galaxy Note 3 akan ditawarkan didalam 3 warna iaitu hitam, putih dan merah jambu.

galaxy-note-3-processor-option

3. Spesifikasi Dalaman

Samsung Galaxy  Note III akan didapati didalam dua varian iaitu versi 3G yang akan dilengkapi dengan pemproses Octa-Core Exynos 5420 manakala versi 4G LTE phablet ini akan menggunakan pemproses Snapdragon 800 keluaran Qualcomm. selain itu, Galaxy Note 3 juga hadir sebagai peranti pertama didunia yang menggunakan 3GB RAM dan juga dilengkapi dengan kamera 13MP yang mempunyai teknologi ‘smart stabilization’. Kamera Note III ini juga mampu merakam video 4K UHD atau ‘ultra High Definitio’ dengan kelajuan 30fps dan dilengkapi dengan kamera hadapan 2MP.

galaxy-note-3-software

4.Perisian

Samsung Galaxy Note III akan dilengkapi dengan pemproses Android 4.3 Jelly Bean yang terkini dan disertakan UI Samsung TouchWiz dan berkemungkinan besar akan diberikan kemaskini Android 4.4 KitKat apabila dilancarkan kelak. Selain itu, segala perisian yang terdapat pada Galaxy S4 juga disertakan pada Galaxy Note III seperti Drama Shot, Sound & Shot, Animated Photo, Eraser, Best Photo, Best Face, Beauty Face, HDR (High Dynamic Range), Panorama, Sports, Golf, Surround shot dan Live effect. Selain itu, seperti generasi Note sebelum ini, model ini dilengkapi dengan stylus yang dikenali sebagai S-Pen dan dibekalkan dengan perisian khas seperti Air Command: Action Memo, Scrapbook, Screen Write, S Finder, Pen Window, S Note, Multi Window, new Easy Clip, dan Direct Pen Input yang memberikan kepuasan maksimum.

note-3-launch

5. Tarikh mula dijual

Samsung telah mengumumkan bahawa Galaxy Note III akan mula dijual di 149 negara seluruh dunia mulai 25 September ini dan berita baik bagi kita ialah Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menerimanya. Walaupun harga bagi Galaxy Note III masih belum didedahkan kami meramalkan( maaf jika salah) model ini akan dijual pada harga yang bermula dari RM 2399.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s