CiRi terbaru Iphone 5S

mobile88.com malaysia

Sudah jelas bahawa iPhone 5S akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti iPhone 5 dan sudah menjadi tradisi Apple untuk menampilkan reka bentuk setiap dua tahun. Dengan reka bentuk baru hanya akan sampai ke model iPhone yang akan dilancarkan tahun depan kami melihat beberapa ciri baru yang akan didapati pada iPhone 5S ini.

 

iphone-5s-fingerprint-scanner
Pengesan ‘Fingerprint’ dan butang home ‘sapphire’
Ini mungkin merupakan ciri iPhone 5S yang paling radikal dan Apple dijangka akan menggunakan pengesan capjari ini untuk membuka peranti tersebut. Keguaan utama pengesan ini adalah untuk membuka iPhone anda namun Apple mungkin akan menggunakanya sebagai sistem pegesan bagi aplikasi bayaran ‘wallet’ pada masa akan datang.Butang baru iPhone 5S ini dikatakan akan disaluti menggunakan gelas ‘sapphire’ yang tahan lasak dan calar.

apple-a7-iphone-5s
Pemproses Apple A7 Dengan 1GB RAM
Apple iPhone 5S dijangka akan dilancarkan dengan pemproses A7 dual-core 32nm yang dibuat oleh Samsung yang mempunyai kelajuan 1.5GHz, grafik SGX 544MP4 dan 1GB RAM. RAM yang digunakan Apple pada iPhone 5S ini lebih laju dan mempunyai ‘bandwith’ 10.7GB/s berbanding RAM pada iPhone 5 yang mempunyai ‘bandwith’8.5GB/s
iPhone-5s-camera-dual-flash
Kamera 12-megapiksel dengan Dua Flash LED
Apple dikatakan akan menggunakan kamera  dengan dua flash LED dengan f/2.0 aperture yang akan memberikan kualiti gambar lebih baik walaupun pada keadaan cahaya yang rendah.
Apple akan memberikan kamera 12MP dengan perakam video HDR yang diperbaiki dan berkemungkinan besar Apple akan menyertakan kebolehan merakam video ‘slow motion’ dengan 120f/ps dan juga menggunakan kamera hadapan 2-megapiksel berbanding 1.2MP pada iPhone 5.

iphone 5s emas

iPhone 5S dalam warna emas
selepas beberapa tahun dengan hanya dua pilihan warna iaitu hitam dan putih, Apple iPhone 5S mungkin akan ditawarkan didalam warna emas namun ianya bukanlah emas sebenar yang boleh menyebabkan harga iPhone didalam warna ini naik berkali ganda.

iphone 5s 128gb malaysia
iPhone 5S 128GB

iPhone 5S yang akan datang ini juga mungkin ditawarkan dengan pilihan memori simpanan dalaman yang lebih besar iaitu 128GB yang pasti akan mendapat sambutan tinggi kepada pengguna yang memerlukan kapasiti besar. Dengan model ini juga margin keuntungan Apple akan lebih besar dan memberikan pulangan yang lebih tinggi.

iphone-5s-nfc
NFC
NFC atau Near-field communication adalah teknologi yang berkait rapat dengan sistem pembayaran elektronik yang dikatakan akan menjadi salah satu cara utama membuat pembayaran pada masa akan datang. NFC ini boleh didapati pada hampir semua pengeluar telefon pintar tetapi setakat ini Apple belum bersedia menggunakannya. iPhone 5S mungkin menjadi peranti pertama Apple dengan NFC.

apple-iphone-5s-price-malaysia
Harga
Akhir sekali ialah harga iPhone 5S, kami menjangkakan Apple akan kekal struktur harga mereka yang asal dimana harga Apple iPhone dimalaysia akan bermula pada harga RM 2199 bagi versi 16GB, RM 2499 bagi versi 32GB dan RM 2799 bagi versi 64GB dan jika Apple melancarkan model 128GB kami ianya dijangka dijual pada harga RM 3099.  iPhone 5S akan dilancarkan pada penhujung bulan September di Amerika syarikat dan akan mula sampai ke pasaran lain pada bulan Oktober.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s