5 Ciri Samsung GALAXY Note 3

5-ciri-galaxy-note-iii

Samsung Galaxy Note III merupakan salah satu peranti yang amat dinanti-nantikan tahun ini selepas Samsung berjaya membuktikan bahawa peranti ‘phablet’dengan skrin paparan yang besar masih diminati ramai. Sejak bebeapa bulan kebelangkangan ini banyak maklumat mengenai peranti terbaru Samsung ini telah diketahui sejajar dengan tarikh pengumuman rasmi yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Disini kami menyenaraikan beberapa ciri-ciri terbaru yang akan pada Samsung Galaxy Note III yang akan dilancarkan ini khas untuk anda yang ingin menjadi antara pengguna terawal Galaxy Note III.

Spesifikasi

Samsung Galaxy Note III dijangka akan dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 5.7-inci dengan resolusi 1080 x 1920 piksel, 3GB RAM dan akan didatangkan dengan bateri berkapasiti 33450mAh berbanding bateri 3100 mAh yang terdapat pada Galaxy Note II. Pada bahagian kamera pula, Note III dijangka akan mempunyai kamera 13-megapiksel serta mempunyai 3 pilihan memori simpanan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB.

Pemproses

Galaxy Note III dijangka akan dilancarkan didalam dua versi yang mempunyai pemproses yang berbeza. Versi 3G phablet generasi ketiga daripada Samsung ini akan menggunakan pemproses Exynos 5420 manakala versi 4G LTE Note III akan menggunakan pemproses Snapdragon 800 keluaran Qualcomm. Sebelum ini, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa 4 juta unit pertama Galaxy Note akan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 800 disebabkan beberapa masalah yang dialami oleh pemproses keluaran Samsung.

Warna

Seperti model Galaxy Note sebelum ini Samsung dijangka akan menawarkan phablet ini didalam beberapa warna dengan warna putih dan hitam akan dilancarkan terlebih dahulu. Selain itu terdapat juga laporan mengatakan Galaxy Note III akan ditawarkan didalam warna merah jambu yang pasti akan menarik minat pembeli terutamanya kaum wanita.

Note III Versi ‘budget’?

Laporan terbaru dari Korea mendedahkan bahawa Samsung akan melancarkan versi Galaxy Note III yang lebih murah dengan menggunakan skrin paparan LCD ( berbanding Super AMOLED) dan mempunyai kamera 8MP yang mungkin akan ditawarkan dibeberapa negara membangun seperti China dan India. Trend melancarkan versi murah ini dilihat sebagai tindak balas terhadap Apple yang juga akan melancarkan versi ‘budget’ iPhone 5C mereka.

Tarikh pelancaran dan Harga di Malaysia?

Jika sebelum ini Samsung telah melancarkan Galaxy S4 di pasaran tempatan sebulan selepas tarikh pengumuman rasmi kami menjangkakan Galaxy Note III juga akan ditawarkan dalam jangka masa yang sama disini. Walaupun tidak dapat dipastikan 100 peratus, Harga Galaxy Note 3 ini dijangka bermula sekitar RM 2299 bagi versi 3G dan RM 2599 bagi versi 4G LTE.

Samsung Galaxy Note III ini akan dilancarkan pada 4hb September ini di Berlin bersama-sama Galaxy Gear dan akan menjadi antara peranti tumpuan pada IFA 2013

Adakah meminati Samsung Galaxy Note III?, jika ya, kenapa?, berikan pandangan anda dibawah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s